Ciri-ciri kami

Tidak arif dalam komputer? Tiada masalah. Walaupun ini adalah kali pertama anda menggunakan iLovePDF, kami menjadikannya sangat mudah. Antara muka kami mesra pengguna. Alat kami tahu cara melakukannya. Oleh itu, anda tidak sepatutnya mengalami sebarang masalah dalam menggunakannya.

Ciri-ciri

Apa yang penting bagi anda, adalah penting bagi kami

Apabila melibatkan pengurusan fail anda, ia adalah tugas dan tanggungjawab kami untuk menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin

Kepentingan suatu fail
Kepentingan suatu fail

Kami berusaha untuk memberikan anda saiz fail paling kecil yang ada dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti pada tahap terbaik.

Keselamatan anda adalah kebimbangan kami
Keselamatan anda adalah kebimbangan kami

Untuk membasmi kecurian fail, kami memadam semua arkib anda secara automatik dalam masa dua jam.

Kami akan membantu anda menjimatkan masa dan usaha

Nikmati penggunaan masa yang lebih bijak

Kami telah mencipta keseluruhan set alatan yang optimum yang akan mempercepatkan pemprosesan dokumen anda

Kami membantu anda menjimatkan masa berharga anda

Anda boleh menyunting fail anda secara kelompok berbanding perlu bersusah-payah mengendalikan hanya satu fail pada satu-satu masa. Fail anda diproses pada kelajuan tinggi, jadi tak perlu menunggu... selagi mana anda mempunyai sambungan Internet yang bagus.

Kebebasan menguruskan fail anda

Susunnya mengikut susunan abjad atau susunan abjad songsang. Terlupa sesuatu? Anda boleh menambah lebih lagi, membuang sesetengahnya, atau memutarnya selepas memuat naik. Sebab menguruskan fail boleh menjadi urusan yang rumit.

Kebebasan memilih platform anda

Selesaikan tugasan anda dari peranti kegemaran anda. Alatan kami boleh diakses dari web, peranti mudah alih dan komputer meja

Bekerja daripada awan

Kami menyepadu dengan Google Drive dan Dropbox. Ini membolehkan anda untuk memuat turun fail dari awan ke laman kami. Kemudian, selepas pemprosesan, anda boleh menyimpannya kembali ke akaun berasaskan awan anda.

Edit di mana sahaja

Kerana perniagaan tidak berhenti semasa anda sedang sibuk, anda boleh mengedit dan menukar PDF anda pada telefon pintar anda dengan Aplikasi iLovePDF Mobile. Disediakan untuk iOS dan Android.

Bawa alatan kami ke Komputer Meja anda

Mampat, gabung, pisah, tukar dan edit fail PDF anda secara luar talian untuk privasi yang maksima dengan iLovePDF Desktop. Memproses fail anda terus dari komputer anda dan mempercepatkan prestasi mengedit.

Simpan data mudah alih yang berfungsi terus ke awan
Anda boleh membina pasukan anda sendiri!

Dapatkan lebih banyak lagi dengan Premium

Kadangkala, anda hanya memerlukan sesuatu yang lebih. Naik taraf pengalaman iLovePDF anda dan tingkatkan produktiviti dokumen anda

Cipta pasukan

Ciri-ciri premium termasuk menguruskan pasukan anda sendiri untuk berkongsi tindakan lalai. Menambah tera air dengan logo korporat atau menetapkan format nombor halaman adalah hanya sebahagian dari ideanya.

Tingkatkan kuasa alatan anda

Bawa alatan kami ke tahap seterusnya dan selesaikan kerja dengan lebih cepat dengan meningkatkan halangan saiz fail dan meningkatkan bilangan kelompok bagi setiap proses. Menawarkan ruang kerja bebas iklan dan akses tanpa had kepada semua perkhidmatan kami.

Kerana setiap masalah PDF yang anda hadapi sekarang adalah cabaran kami seterusnya

Woops! Sesuatu tidak kena dengan sambungan internet anda...