Beberapa fakta tentang iLovePDF

Berpusat di Barcelona sejak 2010, iLovePDF menawarkan alat-alat yang ringkas dan mudah untuk digunakan untuk melakukan kerja dengan dokumen.

Laman kami memberikan pengguna kit percuma untuk membuat pelbagai jenis suntingan kepada fail PDF. Apa yang bermula sebagai sebuah laman web untuk menggabung dan memisahkan PDF; hari ini, kami menawarkan lebih daripada 20 alat untuk mengatur, mengoptimumkan, mengedit, menukar dan menjamin keselamatan PDF.

iLovePDF telah membina komuniti berjuta-juta pengguna dari seluruh dunia, menggunakan 25 bahasa dan telah memproses lebih daripada 500 juta fail.

Pada 2017, kami telah melancarkan Apl iLovePDF Mobile untuk menjadikan alat kami dapat diakses untuk semua pengguna mudah alih bagi menyunting PDF di mana sahaja.

Dalam usaha untuk menjadikan iLovePDF sesuai untuk Perniagaan dan Syarikat, kami melancarkan aplikasi iLovePDF Desktop pada 2018. Aplikasi desktop kami berjalan secara luar talian dan memproses fail sulit secara tempatan.

Pada tahun 2018, kami juga mereka bentuk semula laman web kami. Pengguna dapat menikmati lebih banyak aliran kerja yang lebih mudah, peningkatan had tugas, lebih banyak alat dan dan perkhidmatan Premium yang diperluaskan termasuk versi Desktop kami.

Kami pasti akan seronok mendengar tentang artikel anda dan kongsikannya dengan pengikut kami!
Woops! Sesuatu tidak kena dengan sambungan internet anda...